berita

Latest Posts

Kim Hyun Joong Menggoda Dalam MV Beauty Beauty

July 11th, 2014 | by Amirah | 5 comments
K-POP

Kim Hyun Joong Menggoda Dalam MV Beauty Beauty

Ingat lagi tak  Kim Hyun Joong? Ala, yang berlakon watak Ji Hoo dalam Boys Over Flower tu. Rasanya dah lama tak dengar perkembangan terbaru jejaka kacak ni kan.

Terbaru, ketua kumpulan K-Pop SS501 ini sudahpun melancarkan muzik video terbarunya yang berjudul ‘Beauty Beauty’. Kami dah dengar lagu ni, rancak dan menarik tau!

Menariknya, dalam MV berdurasi 5:00 ini, Hyun Joong menampilkan karakter yang bakal membuat peminat-peminat K-Pop khususnya golongan wanita cair menyaksikan aksi menggodanya.

Read More   Leave a Comment (5 comments)

Collina Tonton World Cup 2014 Dengan 600 Pengguna Castrol Di Phuket

July 11th, 2014 | by Yusmirnadia | 2 comments
Kini Trending

Collina Tonton World Cup 2014 Dengan 600 Pengguna Castrol Di Phuket

Sejak FIFA World Cup 2014 mula menjadi fenomena seluruh dunia pada 12 Jun lalu, rasanya semua orang dah terkena demam bola sepak hingga sanggup bersengkang mata menonton perlawanan di tengah malam.

Itu belum kira yang gigih ke kedai-kedai mamak berhampiran walaupun pada jam 2, 3 pagi semata-mata kerana tak mahu terlepas match yang sengit.

Kalau rasa cara anda support FIFA World Cup tahun ni dah cukup best, cara Pierluigi Collina lagi hebat tau!

Read More   Leave a Comment (2 comments)

Eva Mendes Dikatakan Hamil 7 Bulan, Ryan Gosling Tetap Tak Mahu Kahwin

July 11th, 2014 | by Noraniza | 12 comments
Hollywood

Eva Mendes Dikatakan Hamil 7 Bulan, Ryan Gosling Tetap Tak Mahu Kahwin

Maka bergenang lah air mata wanita sekalian apabila si kacak Ryan Gosling dikatakan merupakan bapa kepada kandungan kekasihnya, Eva Mendes. Ala…Punahla impian nak jadi isteri Ryan kan? Huhu.

Namun, menerusi laporan Elle Malaysia, Ryan dikatakan tetap tidak mahu berkahwin dengan kekasihnya itu meskipun Eva didakwa sudah hamil 7 bulan.

Bagaimanapun, Ryan tetap akan menjaga anak itu dengan sepenuh perhatian kerana dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah.

Read More   Leave a Comment (12 comments)

Jika Allah Tarik Nyawaku, Maka Syahid Dan Manislah Pemergianku – Felixia Yeap Luah Rasa Ingin Ke Gaza

July 11th, 2014 | by Amirah | 25 comments
Isu & Kontroversi

Jika Allah Tarik Nyawaku, Maka Syahid Dan Manislah Pemergianku   Felixia Yeap Luah Rasa Ingin Ke Gaza

Hari ini merupakan hari keempat tentera udara Israel menghantar bedilan bertubi-tubi kepada rakyat Gaza. Malah, menurut laporan akhbar hari ini, angka kematian sudahpun mencecah 83 orang.

Sedih dan amat meruntun jiwa bila menyaksikan video dan foto-foto yang tersebar di laman sosial. Keperitan tersebut turut dirasai oleh barisan selebriti tanah air termasuklah Raisyyah Rania atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Felixia Yeap.

Rania dalam blog peribadinya telah menulis sebuah nukilan hati mengenai penderitaan yang ditanggung oleh saudara Islam di Gaza.

Read More   Leave a Comment (25 comments)

Pergi Matilah – Doktor Lempar Kata Kesat Pada Enot Kerana Enggan Buat Rawatan Cegah Kanser

July 11th, 2014 | by Noraniza | 20 comments
Isu & Kontroversi

Pergi Matilah   Doktor Lempar Kata Kesat Pada Enot Kerana Enggan Buat Rawatan Cegah Kanser

Sakit hati pula bila baca luahan hati Enot di mStar Online hari ini. Mana taknya, orang tu dahlah memang sakit, ditambah pula dengan makian oleh doktor yang biadab macam tu. Siapa tak marah kan?

Enot yang menghidapi penyakit kanser usus itu enggan membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana kegagalan kaedah rawatan tersebut untuk menyembuhkan ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

Lebih menyayat hati, Enot kini yang sudah redha untuk ‘pergi’ mahu bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan anak-anaknya.

Read More   Leave a Comment (20 comments)

Sayunya Hati Lihat Video Anak Linda Rafar Menangis Rindukan Arwah Memen

July 11th, 2014 | by Noraniza | 4 comments
Isu & Kontroversi

Sayunya Hati Lihat Video Anak Linda Rafar Menangis Rindukan Arwah Memen

Tanggal 5 Julai 2014 sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Linda Rafar apabila anak keduanya yang menghidap ketumbuhan kronik dalam perut telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 petang.

Artikel Berkaitan: Anak Linda Rafar Hembuskan Nafas Terakhir Hari Ini Selepas Bertarung Dengan Ketumbuhan Kronik

Penyakit Allahyarham Rezaimen Kefli atau lebih mesra dipanggi Memen mula dikesan sejak bulan April yang lalu dan sedang menjalani rawatan lanjut di hospital. Namun, ternyata Allah SWT lebih menyayanginya.

Semalam, sebuah video adik Memen, Syed Arriq yang sedang menangis teresak-esak dek kerana merindukan arwah abangnya telah menyentuh hati semua followers Instagram Linda Rafar. Sayu sangat hati ini bila si anak kecil itu bagaikan memahami bahawa abangnya itu sudah tiada.

Read More   Leave a Comment (4 comments)